Surau As-Siddiqin BTP

Program Ukhwah Penduduk 2026

Sabtu, 28 November 2026 Bandar Tasik Puteri Terbuka kepada penduduk

Surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri bakal menganjurkan Program Ukhwah Penduduk Surau As-Siddiqin BTP 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan seluruh lapisan masyarakat setempat.

Tentang Program

Program tahunan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk dan ahli kariah, selain menyediakan ruang untuk komuniti berinteraksi dan meluangkan masa bersama menerusi aktiviti kekeluargaan, sukan, pertandingan serta pengisian kerohanian.

Sepanjang program berlangsung, para pengunjung berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan secara percuma mahupun menerusi pendaftaran, di samping mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan mengunjungi gerai-gerai jualan yang disediakan.

Aktiviti

Sepanjang Program

Pelbagai acara kekeluargaan, sukan, pertandingan dan pengisian kerohanian untuk seluruh lapisan masyarakat.

Aktiviti Utama

Brisk Walk Santai

Jalan santai bersama penduduk dan ahli kariah. 100 peserta terawal yang mendaftar layak mendapatkan Baju-T Edisi Khas Surau As-Siddiqin.

Kecergasan

Senamrobik

Senamrobik bersama Coach Zaidy untuk memulakan program dengan lebih bertenaga.

Bual Bicara

Podcast Santai

Perbualan santai bersama Ustaz Dzul Khairi dan Ustaz Taufik dalam suasana tidak formal.

Pertandingan

Indoor Games

Dam Ular, Congkak (Muslimat), Tudung Menet, Dam Haji, Sepak Bola, Dart dan Putting Golf — terbuka kepada para peserta.

Pertandingan

Memasak Berpasangan

Pertandingan memasak secara berpasangan yang memeriahkan lagi suasana program.

Kanak-kanak

Pertandingan Mewarna

Khusus untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Kanak-kanak

Permainan Kanak-kanak

Pelbagai permainan disediakan oleh Soopa Doopa untuk anak-anak sepanjang program.

Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan

Pengunjung berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan menerusi booth PEKA B40.

Jualan

Gerai Jualan

Pelbagai gerai jualan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Pengisian Malam

Bual Bicara 2H — “Mana Milik Kita?”

Program diteruskan pada sebelah malam dengan Kuliah Maghrib Perdana menerusi sesi Bual Bicara 2H.

Panel Ustaz Haslin Bollywood
Panel Ustaz Haryanto Rizal
Moderator Ustaz PU Lokman
Pendaftaran

Daftar Pertandingan & Aktiviti

Penduduk setempat yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi pautan di bawah.

Pertandingan Memasak Berpasangan

Daftar sebagai pasangan dan tunjukkan kemahiran memasak anda di hadapan para peserta lain.

Daftar Sekarang →

Pertandingan Mewarna

Khusus untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun. Ruang untuk si kecil berkreatif.

Daftar Sekarang →

Pendaftaran Indoor Games

Edisi Khas

Tempahan Baju-T Edisi Khas Program Ukhwah 2026 Telah Ditutup

Dimaklumkan bahawa tempahan Baju-T Edisi Khas Program Ukhwah Penduduk Surau As-Siddiqin BTP 2026 telah ditutup secara rasmi pada 20 November 2026.

Penghargaan dan terima kasih

Pihak pengurusan Surau As-Siddiqin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jemaah serta penduduk yang telah membuat tempahan atas sokongan dan sambutan yang diberikan.

Walau bagaimanapun, jemaah dan penduduk yang berminat masih dialu-alukan untuk menyertai kumpulan WhatsApp sementara bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkaitan tempahan baju, termasuk sebarang tawaran atau makluman tambahan.

Pertanyaan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh diajukan kepada pihak pengurusan Surau As-Siddiqin.

Talian Pejabat 03-6087 0176 Isnin – Jumaat
9:30 pagi – 5:30 petang
En. Adik Mohamad 013-255 1722 Pertanyaan program
Cik Rozana 019-974 5105 Pertanyaan program

Pihak pengurusan Surau As-Siddiqin mengalu-alukan penyertaan seluruh penduduk Bandar Tasik Puteri bagi bersama-sama memeriahkan program ini. Diharapkan penganjuran Program Ukhwah Penduduk Surau As-Siddiqin BTP 2026 dapat menjadi wadah memperkukuh hubungan kejiranan, menyemai semangat kebersamaan dan mengeratkan ukhuwah dalam komuniti setempat.

Kembali Utama →